Khamis, 22 Ogos 2013

Berkata Benarlah Walaupun Pahit

Tujuan blog ini muncul adalah untuk memberikan anda perspektif berlainan tentang krisis krisis dunia berikutan kita sebelum ini kerap disajikan dengan berita berita yang sepihak terutama yang berhubung perbalahan mazhab dan sentimen politik.

Pandangan yang disajikan ini adalah berdasarkan perspektif strategis geo politik dan bukan berdasarkan sentimen agama dan mazhab.

Sangat malang apabila kita semakin terjerumus kedalam fitnah media sosial terutama Facebook dan Youtube. memang benar di kedua dua saluran ini orang biasa mampu menjadi jurnalis yang memberikan info sebenar.

Namun jangan lupa, jika org biasa juga mampu menjadi trendsetter alam maya tidak mustahil agensi keselamatan sesebuah negara mampu mengupah 10, 50 mahupun 100 orang cybertrooper di pelbagai media untuk mempengaruhi sentimen awam.

Namun tujuan kami bukanlah untuk mempengaruhi sentimen awam. Kami hanya mahu memberi pandangan perspektif sebenar tentang perkara yang berlaku seperti isu Syria, Syiah, Lubnan, Arab Saudi, Libya dan lain lain







Adalah dimaklumkan penulis adalah Islam beraliran Ahli sunnah wal jamaah (Islam adalah agama, Sunni syiah bukan agama jadi berhentilah memanggil agama anutan anda sebagai sunni atau syiah).Penulis telah lama memerhatikan peristiwa pristiwa yang berlaku di Timur Tengah sejak peristiwa Perang Teluk Pertama (Perang 8 tahun Iran-Iraq)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan