Khamis, 22 Ogos 2013

Kenapa Amerika Israel Tidak Serang Iran Lagi?

Antara fakta yang diambil sebagai oleh blog2 dan media FB dalam menimbulkan perpecahan sektarian antara kumpulan Sunni dan Syiah adalah menimbulkan persoalan bahawa Iran ( dan juga syiah) adalah tentera dajjal yang berkomplot bersama Amerika dan Israel untuk memperdayakan umat Islam dan fakta utama yang digunakan ialah Amerika walaupun musuh utama Iran masih lagi tidak menyerang Iran ( kalau Iraq sekejap je dah serang).

Ini adalah perkara yang menjadi faktor sebenar



  • Iran adalah negara bergunung ganang dan luas
  • Pangkalan tentera dan kemudahan nuklear dan tentera Iran tidak diletakkan sepusat sebaliknya secara berselerak serta ada diantaranya ditanam dibawah tanah.
  • Iran secara hakikat mempunyai kawalan dan pengaruh besar terhadap Teluk Parsi yang hanya berkeluasan paling lebar tidak sampai 300 kilometer

Berkata Benarlah Walaupun Pahit

Tujuan blog ini muncul adalah untuk memberikan anda perspektif berlainan tentang krisis krisis dunia berikutan kita sebelum ini kerap disajikan dengan berita berita yang sepihak terutama yang berhubung perbalahan mazhab dan sentimen politik.

Pandangan yang disajikan ini adalah berdasarkan perspektif strategis geo politik dan bukan berdasarkan sentimen agama dan mazhab.

Sangat malang apabila kita semakin terjerumus kedalam fitnah media sosial terutama Facebook dan Youtube. memang benar di kedua dua saluran ini orang biasa mampu menjadi jurnalis yang memberikan info sebenar.

Namun jangan lupa, jika org biasa juga mampu menjadi trendsetter alam maya tidak mustahil agensi keselamatan sesebuah negara mampu mengupah 10, 50 mahupun 100 orang cybertrooper di pelbagai media untuk mempengaruhi sentimen awam.

Namun tujuan kami bukanlah untuk mempengaruhi sentimen awam. Kami hanya mahu memberi pandangan perspektif sebenar tentang perkara yang berlaku seperti isu Syria, Syiah, Lubnan, Arab Saudi, Libya dan lain lain







Adalah dimaklumkan penulis adalah Islam beraliran Ahli sunnah wal jamaah (Islam adalah agama, Sunni syiah bukan agama jadi berhentilah memanggil agama anutan anda sebagai sunni atau syiah).Penulis telah lama memerhatikan peristiwa pristiwa yang berlaku di Timur Tengah sejak peristiwa Perang Teluk Pertama (Perang 8 tahun Iran-Iraq)